Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa

Wednesday, January 4, 2012

BIOLOGY is in my blood :-)

BIOLOGY is in my blood. love this subject so much. cant wait to share it with my students.

 ingat lg dulu. masa sekolah dpt cikgu bio baik sgt. lemah lembut trus terpikat ngan subjek bio. tanam cita2 nak jadi doktor.

pastu sambung lagi study bio di matrikulasi johor. masatu realize tak leh jd doktor sbb tak nak bedah mayat. bedah tikus pun rasa dah, huhu......
trus tukar nak jadi lecturer.

alhamdulillah, sambung in Bsc(hons) Biology di Uitm Shah Alam. dan dengan pengalaman belajar selama 6thn n mengajar untuk 5 tahun, saya dapat kenal pasti the best way to master in biology. rata2 masalah student utk bio is to memorize names, terms, n concept. tp sebenarnya kalau tahu cara, semua masalah tu boleh diselesaikan. kalau tgk balik, bio ni mcm puzzle. kena tau cara cantum, br dpt the real gambar. excited nak jumpa student thn ni n share the knowledge, trick n skill. 

Saturday, December 31, 2011

good bye 2011

PEjam celik pejam celik lagi beberapa jam tamatlah tahun 2011. esok dah nak buku baru, tapi planner pun tak sempat nak beli lagi. hmmm...

MAsa yang ada harini di luangkan dengan keluarga. pagi bersarapan dengan mertua, petang shopping ngan mama. sebagai wartawan dan cikgu tuisyen, bukan senang nak dapat kesempatan macam ni.

BIla bercakap tentang luangkan masa dengan ibu bapa kan, terfikir tentang cara hidup di bandar skarang yang sibuk, pantas dan padat. macam2 benda nak buat dalam masa yang singkat. nak tidur pun rasa bersalah bila memikirkan keje. nak jumpa kawan2 memang tak lah. nasib baik masing2 guna fb. students la jadi kawan setia setiap minggu.kita yang duduk sebumbung dengan mama, berborak tak sampai 3 jam sehari. nasib baik duduk sebumbung. macam mana plak mereka yang  tinggal berjauhan?

Syukur diberi kesempatan untuk sedar sebelum terlewat, diberi masa untuk tatap wajah mama papa sebelum nikmat ni ditarik balik sebagai anak perlu sedar, bg duit kat parents je tak cukup. tapi beri juga masa dan tenaga kita pada diorang.selagi kontrak dengan Allah belum tamat. antara azam thn baru, spend lebih masa dengan keluarga (dan lebih rajin masak untuk encik suami ;D  ).  love my family....

Wednesday, December 28, 2011

Nukilan pertama

Salam semua,

Tahun 2012 dah nak tiba. Jadual makin padat dengan pelbagai tugasan sebagai cikgu bio, wartawan dan isteri. tapi tu semua ialah rencah hidup. kalau semuanya senang, mesti tak best kan.

Jadi, antara yang termasuk dalam 'to do list' untuk tahun hadapan adalah memiliki blog sendiri. selama ni dok baca blog orang je. kali ni rerajinkan gak jari menaip. tujuan utama, untuk share pengalaman, pengetahuan, kemahiran, tambah kenalan dan semua yang -an -an dengan semua orang kat luar sana.... :>
(teman orang baru. tunjuk ajar lah ye:> )